Blogs

UMTMOOC rangkul tiga emas dalam MOOC Competition

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi meraih kejayaan besar dengan merangkul tiga (3) pingat emas dalam MOOC Competition sempena e-Content Development Competition (e-CONDEV).

Pingat emas ini diperoleh bagi tiga produk yang dipertandingkan mengikut kategori iaitu Social Humanities – UMTMOOC: Sustainable Development, Science & Technology – UMTMOOC: Ornamental Fish Culture dan Business & Management – UMTMOOC: Agroprenuerial Accounting.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Neo (INED), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Mycel dan Open learning dan turut disertai 135 universiti awam dan swasta.

UMT telah diketuai Prof. Madya Dr. Noraida Haji Ali dan disertai Rabiatul Addawiyah Hanim Mohd Rosli, Pegawai Pengurusan Maklumat dan Pustakawan Kanan.

Objektif pertandingan MOOC di e-CONDEV adalah untuk memperkenalkan kursus Massive Open Online Course (MOOC) yang telah dibangunkan selain meningkatkan kualiti kandungan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan kursus ini.

Pertandingan ini berlangsung pada 28 Ogos 2018 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Sumber : https://kampusuols.com/article/422513/U-In-News/TERENGGANU/UMTMOOC-rangkul-tiga-emas-dalam-MOOC-Competition